“Terlalu banyak kenangan bersama” Shvk jual rumah tnpa pengetahunan sera, rupanya ini puncanya
“Terlalu banyak kenangan bersama” Shvk jual rumah tnpa pengetahunan sera, rupanya ini puncanya
Hubungan antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera masih menjadi bualan hangat. Ramai yang tertanya-tanya dan keliru dengan status hubungan mereka sehingga kini.
Diminta mengulas status terkini rumah tangga mereka, kata Rossa Sera mereka sebenarnya masih dalam fasa perbincangan dan hanya akan bertemu atas urusan keluarga semata-mata.
“Saya dan Shuk kami masih dalam perbincangan oleh kedua-dua pihak, jadi saya tak boleh nak ulas lanjut. Namun yang pasti kami akan cari jalan yang terbaik untuk kami berdua.
“Anak-anak kerap sahaja berjumpa ayah mereka, cuma saya yang jarang sangat berjumpa.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan dia 7 atau 8 bulan yang lalu. Selain itu berkenaan urusan anak-anak kami akan berhubung melalui WhatsApp sahaja.
“Anak-anak memang selalu tanya pasal ayah dia dekat mana, macam sekarang Shuk bekerja di Penang, tapi setiap kali dia datang ke Kuala Lumpur pasti dia akan berjumpa anak-anak,” ujarnya kepada Gempak.
Sera ditemui selepas siaran langsung program popular MeleTOP di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa. Sementara itu, diminta mengulas mengenai kediaman bernilai RM1.2 juta yang telah dijual oleh Shuk, Sera akui terkilan apabila dirinya tidak dimaklumkan tentang hal (penjualan rumah) terbabit.
“Sejujurnya berkenaan rumah itu, saya tidak tahu apa-apa dan tak berani untuk memberi komen. “Sebabnya, sejak tahun lalu selepas saya keluar dari rumah itu saya langsung tidak pernah kembali semula ke rumah itu.
Perasaan ni sangat sedlh. “Sejak saya keluar dari rumah itu, saya tidak sanggup untuk melihat rumah itu dan tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke situ.
“Terlalu banyak kenangan bersama anak-anak di situ, kami juga pernah memasang impian bersama ketika tinggal di sana, terutamanya tentang anak-anak,” kata Sera sebak.
Difahamkan Sera sebelum ini pernah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November 2021.
Sera dan Shuk telah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
Sumber : gempak
Minggu lalu kemarahan netizen terhadap seorang pelawak ini iaitu Shuk Sahar kembali memuncak selepas menonton sedutan klip temuramahnya bersama Pak Nil dalam rancangan ‘Hard to Heart’.
Malah semenjak isu perselingkuhan itu selebriti tersebut boleh dikatakan kehilangan satu persatu termasuklah pekerjaan, rakan-rakan serta keluarga.
Cukup sampai sini je, sebab mungkin Sera tak mampu nak bahagiakan dia. Kalau itu luahan dan cerita dari sebelah Shuk, namun semalam cukup mengejutkan apabila produksi rancangan `MeleTOP’ tampilkan pula si isteri iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera.
Walau bagaimanapun, baru sahaja hendak melangkah masuk wanita itu jelas tidak dapat menahan rasa sebak sehingga perlu ditenangkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan juga Uyaina Arshad.
Jelasnya dengan nada tersekat-sekat, kemaafan yang diberi kepada suami sebelum ini ibarat menyakiti hatinya sendiri sehingga tidak mampu lagi bertahan.
Sera tak pernah nak salahkan dia apa-apa…Sera yakin bukan senang juga dia nak Ialui semua tu.
Dalam pada itu, Sera akui kini punca kekuatannya untuk teruskan hidup dan hadapi semua ini adalah semata-mata kerana anak-anak serta mak ayah.
Malah dia juga enggan meletakkan kesalahan 100 peratus ke atas Shuk selain akur itu adalah ujian untuknya juga sebagai seorang suami. Sehingga ke harini, ibu kepada dua anak itu masih lagi menyokong dan berikan kata-kata semangat kepada artis lelaki berkenaan.
Tengok muka Nabil macam “Ya Allah hai..dalam hati kau ni Shuk, geram je dengan perangai kau”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak melihat kehadiran Sera dalam rancangan tersebut. Dalam pada itu, ramai yang merasakan wanita itu seorang yang cukup tabah kerana masih lagi mampu memaafkan si suami meskipun berat.
“Dalam tangis tu. Nampak rossa masih sayang. Tapi shuk.. Tak ada jaminan kesetiaan untuk
rossa”
“Tak payahla balik semula.berapa banyak kali nak sakltkan hati”
“Cuba buat mcm intan, dia ikhlas lepaskan suami dia dulu, and see dia jumpa org lebih
baik, paham susah Tapi dia buat demi DIRI DIA to dia cakap”
“Suka nabil yang sekarang, jaga percakapan dah, nampak beradab dan professional”
“tgk pd keadaan sera mash mudah menangis,dia belum redha lg.semoga sera kuatkan semangat. .lupakan syuk,ada jodoh yg lebih baik utk awk..”
“bgus Nabil skrg.… sllu bg kata2 yg baik”
“ni la hal yang paling menakutkan untuk wanita, trauma tu takkan hilang, biar bermaafan 100kali pon tp kesan tu sampai matl”
“tgok muka nabil mcm ‘Ya Allah hai..’ dalam hati “kau ni syuk…ger4m je aku dgn perangai kau”
“betul lah tu. bila dia bagi peluang, dia still rasa skit. sbb shuk tak pernah nak amik peluang ni untk berubah betul2. tetap lang salah yg sama”
“kalah episod sinetron cite dyorang ni”
“sera mash syg tapi dia juga ingin melupakan. cuma perlukan masa. berat mata kita memandang, berat lagi dia yg memikul. kalau betul kita ambil berat”
Sumber : Klsah Dunla
Post a Comment for "“Terlalu banyak kenangan bersama” Shvk jual rumah tnpa pengetahunan sera, rupanya ini puncanya"