“Cantiknya…” Penampilan Terkini Ellie Suriaty Jadi Perhatian Ramai, Macam Anak Dara!
“Cantiknya…” Penampilan Terkini Ellie Suriaty Jadi Perhatian Ramai, Macam Anak Dara!
Sejak beberapa minggu lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera meskipun baru saja bercerai dengan Ellie Suriaty.
Memetik Astro Gempak, meskipun sudah 19 tahun hidup bersama, Ellie berkata keputusan untuk merujuk tiada dalam prinsip hidupnya dan tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh bekas suaminya.
“Untuk saya pula, bila sudah buat keputusan tak nak menyesal. Tak nak patah balik. Saya tak nak ada perkataan jikalau. Ia hanya perlu ya atau tidak sahaja,” katanya.
Kata Ellie lagi, dia berharap Azri tidak memperjudikan erti perkahwinan dan hidup seseorang serta mengambil serius apatah lagi ianya melibatkan perkahwinan.
“Kita dah pernah hidup bersama, cuma saya tak mahu lihat hidup dia sedih. Kalau dia nak kahwin lain, jangan main-main dengan perkahwinan atau hidup orang,” katanya.
Apabila ditanya adakah dia cemburu bekas suaminya mahu berkahwin semula, Ellie berkata dia tidak cemburu. Dalam pada itu, Ellie turut berharap agar bekas suamiya itu berkahwin sebaik sahaja tempoh edahnya habis.
“Pasal cemburu, saya memang tak cemburu. Saya tak sakit hati, malah saya sudah bersiap sedia untuk setiap perkara yang akan terjadi di depan.
“Cuma mustahil kenal dua atau lima hari sudah ajak bernikah. Saya rasa ya, dua hari selepas bercerai nak kahwin tapi sebelum kami bercerai mungkin hubungan itu sudah berlaku.
“Kalau tanya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari. Kahwinlah pada hari ke-101 apabila edah saya sudah habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan Azri,” katanya.
Terdahulu, Azri mengejutkan ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Dr Azra Diera selepas 12 hari bercerai.
Enggan rujuk, Ellie Suriaty tak kisah Azri kahwin -“Kalau boleh lepas edah saya 101 hari…
Pelakon senior, Ellie Suriaty memberitahu dirinya enggan kembali rujuk dengan bekas suaminya, Azri Iskandar selepas mereka berdua sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu.
Memetik laporan Gempak, pelakon berusia 52 tahun itu mengatakan cukuplah selama 19 tahun mereka hidup bersama dan keputusan untuk merujuk tiada dalam prinsip hidupnya.
“Untuk saya pula, bila sudah buat keputusan tak nak menyesal. Tak nak patah balik. Saya tak nak ada perkataan jikalau. Ia hanya perlu ya atau tidak sahaja.”ujar Ellie.
Pada masa yang sama, Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar meluahkan hasrat agar bekas suaminya itu tidak memperjudikan erti sebuah perkahwinan dan hidup seseorang.
“Kita dah pernah hidup bersama, cuma saya tak mahu lihat hidup dia sedih. Kalau dia nak kahwin lain, jangan main-main dengan perkahwinan atau hidup orang.”ujarnya.
Disoal mengenai hubungan bekas suaminya bersama wanita lain yang dikenali sebagai Azra Diera, Ellie memberitahu dirinya tidak pernah cemburu.
“Pasal cemburu, saya memang tak cemburu. Saya tak sakit hati, malah saya sudah bersiap sedia untuk setiap perkara yang akan terjadi di depan.
“Cuma mustahil kenal dua atau lima hari sudah ajak bernikah. Saya rasa ya, dua hari selepas bercerai nak kahwin tapi sebelum kami bercerai mungkin hubungan itu sudah berlaku.”ujar Ellie lagi.
Pun begitu, Ellie yang juga pelakon filem Mat Kilau berharap agar bekas suaminya itu bernikah sebaik sahaja dirinya sudah habis edah.
“Kalau tanya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari. Kahwinlah pada hari ke-101 apabila edah saya sudah habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan Azri.”kata ibu kepada dua orang cahaya mata.
Terdahulu, bekas suami Ellie Suriaty iaitu Azri Iskandar memaklumkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati, Azra Diera selepas dua belas hari dia bercerai.
Untuk rekod, sepanjang 19 tahun perkahwinan Azri dan Ellie, mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
video:
Sumber: OMM Dan Rotikaya
Post a Comment for "“Cantiknya…” Penampilan Terkini Ellie Suriaty Jadi Perhatian Ramai, Macam Anak Dara!"